KUALA LUMPUR – Tahun kedua menyambut Ramadan sebagai ibu tunggal, pelakon Nora Danish meletakkan sepenuh komitmen dan usaha untuk urusan ibadah pada bulan mulia ini.
Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 44, berkata, sudah menjadi satu kelaziman buat dirinya untuk melapangkan diri daripada sebarang urusan pekerjaan kerana bulan Ramadan sangat istimewa buat semua umat Islam.
“Tahun ini, pertama kali saya dapat rasa sambut Ramadan di Mekah sebab buat umrah.
“Saya di Tanah Suci daripada 15 Februari sampai 22 Februari. Itulah yang buat saya sangat teruja Ramadan ini,” katanya kepada Kosmo! Online.
Ditanya rencana sepanjang sebulan Ramadan, pelakon yang cukup dikenali menerusi sitkom Puteri itu berkata, dia bersyukur kerana tinggal berdekatan dengan ibu tersayang, Salimah Talib.
“Di rumah rasanya macam biasa. Ibu saya tinggal dekat sangat dengan saya. Jadi, saya ada ibu yang akan memasak (sediakan juadah).
“Banyakkan masa bersama keluarga dan anak. Itu sahajalah. Tapi, saya akan banyak juga berada di kafe Padang Teduh — untuk majlis berbuka puasa dan sebagainya,” katanya lagi.
Memilih untuk tidak terlalu fokus dengan hal duniawi pada bulan Ramadan, Nora menjelaskan, itu sememangnya sudah menjadi rutin buat dirinya sejak kebelakangan ini.
“Dah agak lama kalau datang bulan puasa sahaja, memang saya takkan bekerja. Memang fokus sepenuhnya untuk ibadah.
“Bagi saya, ini sahaja bulan yang kita boleh rehat sekejap dan fokus mempertingkatkan amalan baik,” katanya lagi.
Nora kini berada di Tanah Suci bersama anak tersayang, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram (hasil perkahwinan dengan Jejai) yang menunaikan umrah pertama kali sepanjang hidup.
“Sebagai ibu, saya teruja untuk Putra Rayqal sebab tak lama lagi dia nak masuk kolej sambung belajar dah,” ujarnya.
Selain Putra Rayqal, Nora juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Mohamed Neqayl, atau Ney Ney hasil perkahwinan dengan bekas suami, Nedim Nazri. – KOSMO! ONLINE

17 hours ago
7



![[VIDEO] Dugaan Ramadan, penduduk di Kluang diuji banjir kilat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/d9ed92fa-439a-42f6-becb-324818b7d3a6.jpeg)













































