PETALING JAYA – Penduduk di negeri utara terutama Kedah berkongsi keluhan apabila setiap hari mereka ibarat ‘bertarung nyawa’ ketika mahu menggunakan sumber air di rumah memandangkan bekalan yang diterima bersuhu panas seperti baru lepas dididih.
Difahamkan, ia berikutan cuaca panas yang dilaporkan ketika ini dengan beberapa daerah di negeri-negeri utara turut menerima kesan.
Seorang pengguna Thread Izz_atr memuat naik hantaran yang mana air di rumahnya terlampau panas dan dia berseloroh, mungkin bekalan itu diambil dari kerak bumi.
“Air paip dekat kedah ni memang direct (terus) ambil dari kerak bumi ke? Hangat,” katanya.
Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial dari negeri tersebut yang berdepan masalah sama berhubung bekalan air bersuhu panas ketika ini.
“Kami dah berbulan merasa ayaq boil (air mendidih) paip ni. Nak buang air kecil atau besar, pastikan bagi air lalu dulu dalam seminit dua. Ada yang melecur nanti,” komen Anna Mustafha.
“Duduk Kedah, tolong hati-hati bila nak basuh kencing dan berak. Takut melecur punggung,” kata Sakinahhjmadnoh.
“Hahahahaha, baru baca depa kata Kedah kan dah jadi planet paling dekat dengan matahari,” komen Effa 0fficial.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, daerah Padang Terap, Kedah berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) dengan suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturur-turut.
Dalam masa sama, 12 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) Perlis, Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu (Kedah), Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak (Perak) dan Rembau (Negeri Sembilan).
Tahap Berjagajaga bermaksud suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

13 hours ago
8







![[VIDEO] ‘Silakan berlumba, aku dah standby van jenazah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-22-at-9.18.12-AM.jpeg)







![[VIDEO] Warga asing ‘piknik’ tepi kubur, mengemis wang di hari raya](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/PEMINTA-SEDEKAH-ROHINGYA-KUBUR.jpeg)

































