Gaya hidup moden yang semakin sibuk menyebabkan ramai dalam kalangan rakyat di negara ini sukar mendapatkan tidur yang selesa dan rehat yang berkualiti.
Jika rutin harian ini terganggu sebaliknya ia akan memberi impak negatif kepada tahap kesihatan seseorang bukan sahaja menjejaskan tenaga, tumpuan, produktiviti dan kesejahteraan hidup mereka dalam menjalani aktiviti harian.
Bersandarkan kepada permasalahan tersebut, AmLife International, sebuah syarikat tempatan berinisiatif menawarkan produk yang dapat membantu memulihkan tahap kualiti tidur yang baik, malah produknya itu berjaya menembusi pasaran antarabanga.
“Dalam kehidupan moden yang serba pantas, ramai individu sukar mendapatkan tidur yang selesa dan rehat yang berkualiti. Keadaan ini boleh menjejaskan tahap tenaga, tumpuan, produktiviti dan kesejahteraan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AmLife International, Lew Mun Yee berkata, tidur yang berkualiti adalah salah satu faktor yang menyumbang tahap kesihatan yang baik selain penjagaan makanan.

“Ramai yang memandang ringan tahap kualiti tidur masing-masing, malah ada yang mendakwa istirahat adalah satu perkara yang membazir sedangkan dia perlu banyak memikirkan tentang urusan kerja.
“Tidur bukan istirahat tetapi ia adalah satu rutin yang dapat memulihkan diri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program DeepZleep Challenge di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya baru-baru ini.
Turut hadir Naib Presiden Pembangunan Perniagaan AmLife International, Edward Yong.
KOSMO!: Apakah program yang dianjurkan syarikat sehingga berjaya memperoleh pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records?
LEW MUN YEE: Kami berjaya mencatat Malaysia Book of Records di bawah kategori Most Participants in a Sleep Wellness Recovery Technology Experience Session di bawah program DeepZleep Challenge. Kami telah berjaya mencatat sehingga 817 peserta dalam tempoh 12 jam berbanding sasaran awal kira-kira 500 peserta sahaja.
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman DeepZleep Challenge selama 20 minit.
Program ini bertujuan untuk membawa konsep pemulihan dalam diri peserta melalui tidur. Ini bukan semata-mata tentang jumlah peserta atau mencipta rekod tetapi ia mencerminkan komitmen syarikat untuk mengubah cara masyarakat memahami tidur, daripada sekadar waktu untuk berehat kepada satu proses pemulihan yang penting untuk kehidupan yang lebih sihat dan seimbang.
Melalui program seperti ini, kami telah memberi peluang kepada peserta untuk merasai sendiri tentang pemulihan melalui tidur. Kami mahu mengubahnya menjadi satu pengalaman sebenar yang boleh dirasai dan difahami sendiri oleh masyarakat
Hanya dalam tempoh 20 minit, teknologi ini dapat membantu memulihkan, bagaimana anda tahu peserta tersebut sudah mengalami satu pengalaman yang dapat memulihkan kesihatan?
Sebenarnya kita sedia tahu, mereka tidak akan terus pulih hanya dalam sesi 20 minit sahaja tetapi ini adalah satu inisiatif untuk mereka merasai satu pengalaman yang berbeza selepas tidur selama 20 minit menggunakan produk DeepZleep, ia agak berbeza daripada apa yang dilalui dalam rutin seharian mereka.
Bila ditanya kepada mana-mana individu, ada di antara mereka, jika mereka tidur mungkin sebagai rutin dan sekadar untuk berehat tetapi selepas guna teknologi yang kami tawarkan, mereka berkata, tempoh tidur selama 20 minit itu seolah-olah mereka tidur lebih daripada sejam, kemudian mereka rasa sangat bertenaga dan bersemangat. Selalunya badan yang terlalu penat akan memberi isyarat kepada anda.
Boleh jelaskan tentang produk kesihatan yang dibangunkan oleh AmLife?
DeepZleep dibangunkan sebagai sebahagian daripada ekosistem kesejahteraan tidur kerana kami percaya bahawa tidur berkualiti adalah salah satu asas penting kepada kesejahteraan fizikal dan mental.
Produk ini menggabungkan teknologi potensi elektrik, keselesaan terma dan frekuensi bunyi dalam satu pengalaman kesejahteraan tidur bersepadu yang direka untuk mewujudkan persekitaran yang lebih menyokong untuk berehat.
Produk ini dijual di pasaran pada harga antara RM23,000 hingga RM27,000.
Sambutan yang diterima daripada kumpulan sasaran kami, adalah sangat menggalakkan.

Berapa banyak produk yang telah dikeluarkan di pasaran?
Dalam rangkaian syarikat, ini adalah daripada generasi ketiga iaitu yang terbaharu di pasaran, kami telah berada di pasaran sejak tahun 2003 dan produk ini dibangunkan di Jepun dan kami adalah pengedarnya bagi rantau Asia Tenggara seperti di Singapura dan juga di Hong Kong.
Sehingga sekarang iaitu memasuki generasi ketiga, kami telah menjual lebih daripada 80,000 unit produk.
Adakah anda berpuas hati dengan momentum jualan produk sehingga ke generasi ketiga ini?
Ya, kami cukup berpuas hati kerana bagi kami, kejayaan itu tidak terletak pada nombor dan angka jualan tetapi kami mahu menawarkan penyelesaian kepada pelanggan untuk menikmati tahap kesihatan yang baik.
Tidur yang cukup membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang individu itu.
Jika salah seorang di dalam sebuah keluarga membelinya maka ia akan memberi manfaat kepada ahli keluarga yang lain termasuk ibu bapa mereka. Ia bermula dari rumah dan ibu bapa ini akan menyarankan pula kepada saudara-mara serta kawan-kawannya untuk membeli produk ini.
Jadi bermula di situ, dengan pengalaman dan testimoni yang baik daripada pelanggan, jumlah tersebut akan bertambah dari masa ke semasa. Mereka juga boleh datang ke program seumpama ini, dan membawa rakan dan saudara-mara untuk merasai sendiri pengalaman tidur di sini walaupun hanya dalam 20 minit. Pelanggan datang kepada kami kerana mereka benar-benar merasakan badan mereka boleh pulih dengan rutin yang sihat ini.
Apakah potensi perniagaan berkaitan dengan kesihatan tidur di pasaran tempatan dan juga global?
Ya, sangat bernilai tinggi boleh mencecah berbilion dolar dan di Malaysia sendiri kami menyaksikan satu peluang yang cerah buat syarikat untuk terus menerokanya.
Kami tidak mahu mendakwa syarikat Amlife adalah peneraju atau perintis dalam industri kesihatan tidur ini tetapi kami sedang mempromosikan produk agar memberi manfaat kepada lebih ramai yang berdepan masalah tidur. -KOSMO! ONLINE

2 hours ago
3
















































