2 wanita angkut skuter naik motosikal

2 hours ago 3
Tangkap layar video menunjukkan dua wanita itu mengangkut skuter dengan menaiki motosikal. - TikTok
  • Oleh KOSMO
  • 10 Mei 2026, 6:02 pm

JAKARTA – Dua wanita di Indonesia mengejutkan orang ramai apabila dirakam mengangkut sebuah skuter dengan menaiki motosikal, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan seorang wanita memegang skuter yang diletakkan di tengah motosikal. 

Meskipun jalan itu agak sibuk, motosikal yang ditunggangi rakannya kekal stabil dan tidak terhuyung-hayang. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kenapa dia tak bawa je skuter itu?” kata seorang netizen.

“Ibu siapa ini?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |