PETALING JAYA – Pengguna jalan raya dikejutkan dengan paparan luar biasa pada sebuah papan iklan digital (billboard) yang memaparkan sejarah carian internet yang menghiburkan.
Menerusi satu hantaran di TikTok oleh @Nobizukadorayaki, menunjukkan beberapa carian yang dipaparkan termasuk ‘Siapakah M. Nasir?’ dipercayai datang daripada generasi muda yang tidak mengenali penyanyi legenda tersebut.
“Siapa punya carian internet ini satu jalan raya boleh baca. Lain kali apabila lakukan carian internet berhati-hati atau papan iklan digital akan tolong kongsi, katanya.
Gabungan soalan-soalan unik ini mengundang pelbagai reaksi lucu daripada orang ramai antaranya ‘Adakah ‘pickleball’ sukan yang biasa?’, ‘Apakah rasa makanan kucing?’, ‘Apakah tarikan utama Sabah?’ dan ‘Kenapa badan gatal selepas membeli pakaian terpakai?
Ketiadaan sebarang elemen penjenamaan atau mesej promosi pada papan iklan tersebut dianggap sebagai kesilapan teknikal pihak pengendali papan iklan.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan orang ramai.
“Nampak juga tadi dua kali toleh iklan apa ini,” kata @Khairulgojo.
“Kenapa dia nak tahu makanan kucing rasa macam mana,” kata @Fatinnabilaishak.
“Sabah lokasi tarikan menarik bermakna bukan orang Sabah ini. Siapa M. Nasir bermakna budak baru,” kata @Dzanjj. – KOSMO! ONLINE
@nobizukadorayaki OMGGG whose search history is this 🤣🤣 #socuteeee #billboard #pityadmin #fyp #fyptiktok #fypシ゚ ♬ original sound – Nobita Shizuka