[VIDEO] Rezeki dapat tengok harimau Malaya ‘live’ depan mata

5 hours ago 2

PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi keterujaannya dapat melihat harimau belang sedang berenang di kawasan Tasik Temenggor, Hulu Perak, Perak.

Menerusi video dikongsikan pada TikTok putera bongsu memperlihatkan, dia sedang menaiki bot dan dalam masa sama, kelihatan harimau belang sedang berenang di dalam kawasan tasik tersebut.

“Harimau belang tengah melintas, terbaik. Wow jarang-jarang boleh tengok. Untung lah dapat tengok. Depa (mereka) naik sini selalu pun, belum dapat tengok Maybank original,” katanya pada video berkenaan.

Perkongsian itu mendapat pelbagai maklum balas yang mana orang ramai turut teruja selain berharap hidupan liar tersebut kekal terpelihara di negara ini.

“Moga terus membiak dengan jayanya khazanah negara,” kata seorang individu.

“Semoga bertambah dan dipelihara populasi harimau Malaya,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Terbaik khazanah negara yang harus dilindungi,” kata seorang individu lain.

“Rezeki ‘live’ depan mata,” ujar pengguna TikTok yang lain. – KOSMO! ONLINE

@udinsdmc Maybank original kepala Kain ni.. #grikmegatrail #fyp #foryou #endurocross #poskemargerik #jetitrojan ♬ nhạc nền – Nhạc Chữa Lành – Healing song
Read Entire Article
Pertanian | | | |