[VIDEO] Hari raya ke Hari Guru?

5 hours ago 1

PETALING JAYA – Sebuah kedai serbaneka diserbu pelanggan dengan rata-rata mereka ‘memborong’ barangan sempena Hari Guru yang diraikan hari ini.

Video yang dikongsikan @Hanismuzaini memaparkan situasi di dalam premis berkenaan yang dipenuhi kanak-kanak dan ibu bapa sekali gus menunjukkan kemeriahan menjelang hari istimewa buat golongan pendidik tersebut.

“Hari ini macam hari raya, semua sibuk dengan persiapan Hari Guru,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pemilik video itu merupakan antara puluhan ibu bapa yang menemani anak-anak membeli hadiah dan pada masa sama memohon para guru supaya menghargai pemberian anak murid masing-masing.

“Macam-macam kerenah anak-anak, mak ayah melayan. Ada juga yang cuba tenang anak-anak mereka.

“Zaman serba mencabar ini, harap sangat cikgu-cikgu terima pemberian dari anak-anak ini nanti,” katanya.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan ibu bapa berkongsi rasa terharu apabila menonton klip video tular tersebut kerana usaha ibu bapa yang menghargai jasa semua guru.

“Sumpah rasa sebak sangat malam tadi nampak dengan mata sendiri anak-anak dan ibu ayah dalam keadaan macam ni. Jalan sesak dan suasana berpusu-pusu dah macam malam raya. Terima kasih semua anak-anak dan ibu ayah. Walau saya hanya guru KAFA (Kelas Agama dan Fardu Ain),” kata @LinAd.

“Sebak pula rasa. Ibu bapa sedang mengubati masa kecil mereka. Dulu tak mampu nak memberi, sudah dewasa ada anak, kita buat untuk anak kita sebab saya pun sama akan buat apa sahaja untuk anak-anak,” kongsi @Aishah.

Dalam pada itu, para guru turut menzahirkan rasa syukur atas usaha dan pemberian murid-murid tanpa mengira bentuk dan harga.

“Alhamdulillah tidak pernah saya tolak pemberian hadiah anak-anak murid. Semua gelas yang dapat saya simpan, pen yang dapat semua saya guna,” ujar @Mamacummi.

“Kami (guru) terima seikhlas hati, hatta sebiji kurma pun, yang penting doa daripada pelajar buat kami (guru-guru),” kata @Nananabeylah. – KOSMO! ONLINE

@hanismuzainiHari ni macam hari raya.. Semua sibuk dengan persediaan persiapan hari guru. Teringat kenangan lalu 💔

♬ original sound – _ceQta_ – _C E Q T A_

Read Entire Article
Pertanian | | | |