United mahu jadi ‘pengacau’ Chelsea

7 hours ago 2

LONDON – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes menjelaskan mereka tidak berdepan sebarang tuntutan khusus pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea di Stamford Bridge awal pagi esok.

Walaupun The Red Devils berada di kelompok bawahan EPL dan Fernandes merasakan sekarang adalah masa sesuai buat mereka mencipta ‘berita sensasi’ dengan mendapatkan slot Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan dengan menjuarai final Liga Europa, Khamis ini.

Begitupun, bintang Portugal itu merasakan pertemuan dengan The Blues yang turut memburu tempat ke kejohanan utama Eropah akan memberi ujian paling berkualiti buat United menilai kemampuan sebelum menghadapi Tottenham Hotspur pada perlawanan akhir nanti.

“Kami ada beberapa hari untuk jalani proses pemulihan dan melakukan persiapan dengan baik menghadapi perlawanan kali ini. Namun, saya tahu ia akan jadi satu perlawanan yang sukar buat kami.

AMORIM

“Chelsea sedang berjuang untuk dapatkan tempat ke UCL tetapi kami juga mahu menamatkan musim ini dengan sehabis baik.

“Jadi kami akan ke Stamford Bridge untuk melakukan semua ini dan cuba mendapatkan keputusan terbaik,” katanya.

Kejuaraan Liga Europa akan menutup segala kekecewaan United musim ini memandangkan pengurusnya, Ruben Amorim sendiri mengakui kepentingan mendapatkan trofi di pertandingan Eropah.

Amorim sebelum ini tanpa berselindung mengakui malu dengan kedudukan pasukan tetapi beliau enggan mengambil risiko menjelang final Liga Europa dan berkira-kira untuk melakukan penggiliran pemain.

“Kami akan pastikan dapat melakukan persiapan dengan baik menghadapi Chelsea. Kami ada masa untuk berlatih dan pastikan pasukan siap sedia untuk hadapi perlawanan ini,” katanya. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |