Pasangan suami isteri maut dirempuh kereta

8 hours ago 7
Suami isteri maut selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipercayai memasuki laluan bertentangan dalam kejadian di Teluk Medan, Bagan Serai petang tadi.
  • Oleh KOSMO!
  • 24 Mei 2026, 6:53 pm

BAGAN SERAI – Sepasang suami isteri maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah Toyota Innova yang memasuki laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth, Teluk Medan, kira-kira pukul 4.42 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Sahbuddin Bakar, 65, dan isterinya, Noraziyah Jahari, 51, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan akibat kecederaan parah.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |